PADANG MASHYAR
Ceramah padang mahsyar online:
PADANG MAHSYAR
Dari Miqdad bin Al-Aus r.a Rasulullah s.a.w bersabda : “Dihampirkan maatahari dengan makhluk pada hari Kiamat sehingga kadar satu ‘mil’. (Berkata Sulaim bin Amir : “Demi Allah, aku tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan mil? Apakah ia jarak perjalanan (batu/mile) atau mil (batang) yang digunakan untuk menyapu celak di mata). Kemudian manusia pada waktu itu akan berada dalam peluh mereka sebagaimana kadar amalan mereka. Di antara mereka ada yang peluhnya sampai ke buku lali; ada yang sampai ke dua lutut; ada yang sampai ke dada dan ada yang sampai ke mulutnya. Lalu Rasulullah s.a.w menunjukkan dengan jarinya ke arah mulutnya. (Riwayat Muslim)
TEMPOH BERADA DI PADANG MAHSYAR
Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadith dari Abi Said al-Khudri r.a : “Pada satu hari yang kadarnya sebanyak lima puluh ribu tahun” Lalu Abu Said berkata: Alangkah lamanya! Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda : “Demi Allah yang nyawaku berada dalam genggamanNya sesungguhnya ia akan diringankan ke atas orang mukmin sehingga ia lebih ringan dari satu solat Fardhu yang dia kerjakan (di dunia). Riwayat Ibnu Hibban.
DIBENTANGKAN AMALAN MELALUI KITAB CATATAN AMALAN.
(Al-Israa): 13. dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya Kitab (suratan amalnya) Yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
KEADAAN MANUSIA SEWAKTU MENERIMA KITAB
(Al-Haaqqah): 18. pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun Yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu Yang tersembunyi.
19. maka sesiapa Yang diberikan menerima Kitab amalnya Dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa Yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!
20. “Sesungguhnya Aku telah mengetahui Dengan yakin, Bahawa Aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari Yang ditentukan)!”
21. maka (dengan itu) Tinggalah Dia Dalam kehidupan Yang senang lenang lagi memuaskan, -
22. di Dalam syurga Yang tinggi (darjatnya), -
23. buah-buahannya dekat untuk dipetik.
24. (masing-masing dipersilakan menikmatinya Dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat Yang lazat dan baik kesudahannya, Dengan sebab (amal-amal soleh) Yang telah kamu kerjakan pada masa Yang lalu (di dunia)!”
25. adapun orang Yang diberikan menerima Kitab amalnya Dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau Aku tidak diberikan Kitab amalku, -
26. “Dan Aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
27. “Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

salam ziarah. pengisian yg sgt bagus di waktu ramai orang tak yakin pada akhirat. dan diharapkan promosi web ust ini lebih diperhebatkan dan meluas kpada semua pengguna internet yang bermacam2 pemikiran, tidak tertumpu pada “golongan agama” sahaja. mintak izin nak copy skit2 artikel dalam ni. syukran jazilan syadidan.