HARI KEBANGKITAN

Ceramah Hari penghimpunan dan kebangkitan online:

HARI KEBANGKITAN DAN PERHIMPUNAN

(Al-A’raaf: 57). dan Dia lah (Allah) Yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita Yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan Dia ke negeri Yang mati (ke daerah Yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan Dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan Dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang Yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

SETIAP MANUSIA PASTI AKAN KEMBALI

(Al-Waqi’ah) 49. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang Yang telah lalu dan orang-orang Yang terkemudian,

50. “Tetap akan dihimpunkan pada masa Yang ditentukan – pada hari kiamat Yang termaklum.

MANUSIA DIBANGKITKAN DAN DIHIMPUNKAN DALAM 3 KUMPULAN

(Al-Waqi’ah) 7. dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

8. Iaitu puak pihak kanan; Alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

9. dan puak pihak kiri; – Alangkah seksaNya keadaan puak pihak kiri itu?

10. dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

11. mereka itulah orang-orang Yang didampingkan (di sisi Allah),

TEMPAT MEREKA BERHIMPUN (DALAM KEAADAN TERKEJUT)

(Toha)105. dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka Jawablah: “Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

106. “Lalu ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin”.

107. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat Yang rendah atau Yang tinggi.

108. pada hari itu mereka menurut seruan panggilan Yang menyeru mereka Dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah Segala suara kepada Allah Yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga Engkau tidak mendengar melainkan bunyi Yang amat perlahan.

KEADAAN MANUSIA SEWAKTU DIBANGKITKAN

Rasulullah s.a.w bersabda: (( Manusia akan dibangkitkan dalam keadaan berkaki ayam; bertelanjang bulat dan tidak berkhitan)) (Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: (( …Adapun sesungguhnya manusia pertama yang akan diberi pakaian pada hari Kiamat ialah Ibrahim a.s dan para malaikat akan menyambut orang mukminin dari kubur mereka dan mengembirakan mereka dengan perkhabaran Syurga…)) Riwayat Bukhari

Leave a Reply