TIUPAN SANGKAKALA KEDUA
Ceramah tiupan sangkakala(3) online:
TIUPAN SANGKAKALA KEDUA
(PETIKAN DARI SURAH YASIN : 48-54)
48. dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) Yang dijanjikan itu? jika betul kamu orang-orang Yang benar (maka Kami sedia menunggu)!”,
49. mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan Yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka Dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
50. maka Dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
51. dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang Yang telah mati; apabila berlaku Yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
52. (pada ketika itu) orang-orang Yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! siapakah Yang membangkitkan Kami dari kubur tempat tidur kami?,, (lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah Dia Yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita Yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
53. hanyalah Dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka Dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
54. maka pada hari itu, tidak ada seseorang Yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal Yang kamu telah kerjakan.
MANUSIA PERTAMA YANG BANGKIT DARI KUBUR
Sabda Rasulullah s.a.w : (( Akulah orang pertama yang dibangkitkan dari kubur…))

Leave a Reply